Pages

Wednesday, June 29, 2011

bayar cepat sikit boleh ?

assalamualaikum .

woot woot .
tengah aku dengar lagu hanya ingin kau tahu .
tetiba aku rasa nak update blog .
yeah .
idea datang menjengah buat seketika .
cepat-cepat aku lakarkan sebelum ia pulang .
aku mulakan dengan salam ,
dan bermulalah entry aku .

pejam celik pejam celik ,
sekejap kan masa berlalu .
sekarang sudah bulan 7 .
nanti bulan 8 .
lepas puasa , raya !
OMG !
cepat gila aku rasa .
dekat dua bulan setengah aku jadi penganggur .
mula-mula rasa best .
lama-lama boring gila .
lagi lama .
aku dah tak kesah .
rutin yang sama aku alami setiap hari .
kalau kau tanya aku ,
soalan math , akaun , bisness mahupun ekonomi .
aku hanya mampu menggeleng .
tak ingat dah semua tu .
bapak teruk otak aku karat kan ? 
berbalik kepada tajuk asal entry ini diwujudkan .
aku bukan nak cakap soal hutang .
kali ni aku nak cakap pasal duit kutu .
pernah dengar tak ?
jangan tipu lar cakap kau tak pernah dengar .
tak pown orang tempat aku panggil duit kut .
aku rasa semua orang pernah main kan kan ?
dulu-dulu time kecik ,
ramai yang cakap main ni duit jadi banyak !
memang lar banyak ,
alih-alih tu duit kau jugak kan ?
kalau nak main ni ada jugak rules yang perlu korang ikut .
macam sehari kena bayar berapa .
nak main untuk berapa minggu ?
actually aku tak suka main benda ni .
sebab aku suka simpan sendiri .
bagi aku maybe yang main duit kutu ni sebab korang cakap tak pandai simpan duit kan ?
kalau macam ni aku rasa kalau korang main benda ni korang kena jadi orang yang paling last sekali .
kalau dapat awal-awal nanti rasa seksa nak bayar kan ?
benda ni lar yang selalu terjadi .
kalau yang dapat awal tu aku selalu tak paham .
selalu bayar lambat .
or dia mengelak nak bayar .
yang buat aku sakit hati .
tetiba orang yang main dengan kita tetiba pindah ?
sapa yang pernah kena macam ni ?
cecita apa perasaan korang ?
sengal kan ?
sebab tu aku rasa malas nak main benda ni .
cukup lar aku dah kena tipu dulu .
baik simpan sendiri .
kalau kau tak pandai simpan duit .
kau simpan ja dalam bank .
selamat pown selamat .
duit kau pown makin bertambah .
tak gitu ?
jap ea ?
aku ada soalan !
nak tanya .
aku rasa semua orang wujud perasaan ni .
perasaan segan .
ataupun dikenali sebagai malu !
selalu kita rasa segan nak mintak balik duit dekat kawan kita kan ?
so ,
kalau kawan unk pinjam duit kan ?
unk nak suruh kawan unk bayar balik duit tu kan ?
unk cakap macam mana ?
any idea ?
sampai disini sahaja .
jom kita ramai-ramai debitkan duit .
jangan kreditkan .
byebye .


Sunday, June 19, 2011

selamat hari bapa .

assalamualaikum ,

woot woot ,
betul kan ?
betul kan ?
betul kan ?
hari ni hari bapa ?
aku tak silap kan .
aku confuse sebenarnya ,
bila hari bapa yang sebetul-betulnya .
so ,
aku assume hari ni ,
lepas aku buat google search ,
yahoo search segala bagai !
semua orang cakap hari ni .
hari ahad minggu ketiga bulan jun .
betul ke aku cakap ni eyh aku pown tak tau .
tak kira larh hari apa pown aku tetap nak wish .
tak adil larh kan .
time hari ibu semua pakat buat entry pasal mak masing-masing .
time hari bapa .
ada yang buat-buat tak tau .
ada yang sampai tahap macam aku .
tarikh pown tak tau .
apakah ini semua ?
mengapakah ?
bagaimanakah ?
di manakah ?
OMG !
malas nak intro panjang-panjang .
nyamuk pown dah banyak kali gigit aku !
straight to the point ja ok .
to my dad !
cewah .
dalam melayunya .
kepada abah saya .
selamat hari bapa .
aku tau .
even aku tak pernah wish depan-depan .
sekurang-kurangnya aku wish dalam blog .
mana tau ayah aku terbaca kan kan ?
hehe .
ramai jugak yang tanya aku sebelum ni .
che_aa ,
dah wish dekat mak unk ?
selamat hari ibu .
dekat mak aku pown aku tak wish .
siot .
malu kod .
segan ,
semua wujud dalam diri ini .
adik yang last dengan bapak aku ja wish dekat mak aku masa tu ,
OMG !
ayah aku wish .
weird kan kan ?
masuk tajuk balik .
kenapa aku segan nak wish dekat ayah aku ?
fyi ,
bapak aku gila garang .
dulu-dulu aku ingat lagi .
selalu kena marah .
bila aku dah habis matrix .
ayah aku tak marah dah .
dia tengok ja apa aku buat .
kalau salah dia tegur .
dulu time aku darjah satu ,
report card aku kasi dekat ayah aku .
kasi is bagi .
biasa lar ,
time tu rajin belajar kan .
memang tak sabar lar nak bagi report card .
bila dah masuk sekolah menengah .
ayah aku kena posting g jb .
dekat dua tahun jugak ayah aku duduk jb .
bila cuti sekolah kitaowg baru g duduk sana .
mak aku malas nak tukar sekolah kitaowg ,
tambah mak aku lagi kena tukar tempat mengajar .
susah kan ?
dekat dua tahun lar jugak ayah aku ulang alik penang ke jb .
tiba-tiba ,
ayah aku cakap yang ayah aku kena posting g subang .
mak aku cakap nak ikut jugak disebabkan adik-adik aku yang banyak sangat kerenah .
kalau ada ayah aku senang sikit mak aku cakap .
sekali ayah aku cakap conform kitaowg ikut .
takut punya pasal kan ?
alhamdulillah ,
tak kena g subang ,
ayah aku dapat dekat butterworth balik .
nasib baik .
aku dah lar malas nak pindah-pindah sekolah ni .
nak cari kawan baru bagai .
bukan senang kan .
dan sekarang ayah aku dah pencen .
tiap-tiap hari ayah aku kemas rumah ,
masak ,
sapu sampah .
and totally ,
semua kerja rumah ayah aku handle sejak ayah aku pencen .
so ,
ringan larh beban mak aku sikit-sikit lepas balik sekolah kan ?
jiran aku pernah cakap ,
dulu time mula-mula tengok muka ayah aku macam tak garang sangat .
sekali dengar ayah aku marah kami adik-beradik .
zupp !
tanggapan mereka sudah beralih .
semua cakap ayah aku garang gila .
baru kaw tahu .
member matrix aku cakap ayah aku suka buat lawak .
memang lar kan .
ayah aku kalau dengan orang lain ,
ayah aku suka melawak .
tapi kalau dengan kami adik-beradik kena lar garang .
kalau tak ,
susah nak jadi manusia kan ?
ayah aku pernah cakap dekat kami adik-beradik before ayah dengan mak aku pergi haji dulu-dulu ,
kalau ditakdirkan mak dengan abah tak dak .
hampa jangan bergaduh .
jaga adik elok-elok .
dan banyak lagi .
time ayah aku cakap memang tak rasa sangat .
tapi time adik aku azan masa mak ayah aku nak keluar rumah .
sedih gila kan ?
masa tu baru aku sedar .
aku sayang sangat mak ayah aku .
so ,
bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu mahupun ayah .
sayangi larh mereka .
selamat hari bapa .
sampai disini sahaja .
byebye .


abaikan baju kuning berbelang itu .

* woot woot . nak cakap ni . sapa yang ada follow aku tapi aku tak follow balik . mai cakap cepat . aku dah try detect ampa tapi tak boleh lar . sorry bebanyak . (:

Monday, June 13, 2011

bila besar nak jadi apa ?

assalamualaikum ,

woot woot ,
jawab salam dulu k .
waalaikumussalam .
btw ,
tunggu jap .
aku nak ambik feel dulu .
baru boleh menulis kan ?
sejak dua menjak ni ,
otak aku semakin berkarat .
maklum larh dah dekat dua bulan cuti .
lagi tiga bulan nak cuti .
jelez tak ?
OMG !
bayangkan !
tiap-tiap hari lepak , makan , tido , un9 .
boring kod .
tapi kejap ja kan masa berjalan ?
pejam celik pejam celik dah pagi .
pejam celik pejam celik dah nak raya kan ?
hehe .
malas nak buat bebel panjang-panjang .
sini aku nak cerita .
wat ?
che_aa ni direct cerita ja kan ?
eehemm ,
bukan nak cerita ,
aku nak habaq ja ok .
bila besar nanti aku nak jadi apa ?
ha korang ,
besar nanti nak jadi apa ?
upin ngan ipin nak jadi angkasawan dengan jurutera kan kan ?
betul betul betul .
sini aku nak cerita cita-cita aku .
nak dengar tak ?
tak nak dengar sudah .
hehe .
kebanyakkan budak-budak sekarang korang tanya ja apa cita-cita diaorang conform macam-macam jawapan kan ?
ce tanya budak remaja pulak ?
sure ramai yang still confuse lagi kan kan ?
kita since tadika lagi cikgu dah tanya .
kamu besar nanti nak jadi apa ?
aku ingat lagi .
time aku tadika dulu-dulu ,
aku dulu tadika dekat tadika nuri angkasa .
cita-cita aku time tu nak jadi doktor .
even time tu aku takut darah .
biasa larh kan .
main cakap ja time tu kan ?
bila dah masuk sekolah rendah ,
aku sekolah dekat skba .
sekolah kebangsaan bagan ajam .


time mula-mula masuk darjah satu aku terus nak jadi cikgu .
sebab cikgu adalah satu pekerjaan yang dihormati ,
tak gitu ?
sampai larh darjah tiga .
lepas tu aku pindah .


g sekolah kebangsaan tanah liat .
time darjah empat aku nak jadi engineer pulak .
aiseh ,
direct tukar kan ?


lepas tu aku masuk sekolah ni ,
sekolah menengah kebangsaan penanti ,
time tu aku ingat aku tak ubah dah kod cita-cita aku ,
sampai aku form 4 .
aku dapat kelas sains satu .
lepas tu aku dah tak nak sekolah tu dah .
aku nakkan perubahan .
aku nak masuk teknik ,
aku ingat lagi ,
mak ayah aku tak berapa bagi sangat aku masuk teknik .
suruh aku stay aliran sains .
continue bio .
tapi aku tak nak .
degil kan ?
aku g jugak teknik .


time sekolah teknik aku ambik akaun ,
so ,
secara tidak sengaja .
ataupun secara automatik ,
cita-cita aku dah bertukar .
aku nak jadi akauntan .
dah besar pown asyik tukar kan ?
takda pendirian !
lepas ja dpt result spm .
ambik aku .
result aku jatuh !
sedih tu takmau kata larh kan .
tu lar .
tak nak dengaq cakap mak bapak kan ?
aku main banyak sangat dekat teknik .
nak nyesal pown tak boleh dah kan ?
lepas teknik aku ada dua pilihan ja ,
aku dpt uitm dengan matrix .
mak aku suruh masuk matrix .
so ,
aku pown masuk matrix .
tak nak lawan kata dah .
hehe .
lepas tu aku mula masuk kolej mara kuala nerang ,
mula-mula masuk kolej ni aku ingat boring .
lama-lama best .
kata orang .
tak kenal maka tak cinta kan ?


dah nama pown masuk matrix perakaunan ,
so ,
nak jadi akauntan lar kan ?
tapi mak aku tak kasi .
mak aku suruh jadi cikgu .
OMG !
time isi upu hari tu ,
mak aku suruh ambik pendidikan ,
so ,
sekarang aku baru lepas medsi dengan interview .
banyak lagi benda aku nak kena buat .
jadi sekarang ,
apa cita-cita korang pula ?
ada macam aku ?
asyik tukar ja kan ?
sampai disini sahaja .
byebye .

Saturday, June 11, 2011

kawan ft sahabat .

assalamualaikum .

woot woot ,
dah habis tadak idea aku nak taruk title apa .
last sekali aku taruk title yang tu .
sebelum aku merapu lebih banyak lagi .
meh nak explain kepada yang tidak tahu apa itu taruk .
fyi ,
taruk ialah letak .
paham kan ?
mula-mula ingat nak letak kawan vs sahabat .
lepas tu aku rasa macam nak gaduh ja kan ?
last sekali tukar .
letak ft .
hehe .
straight to the point ,
dekat sini aku nak cita pasai kawan .
bila sebut pasal kawan .
aku berani conform yang semua orang ada kawan kan ?
tipu lar kan kalau kaw cakap kaw takde kawan .
habis tu dalam fb kaw tu hape ?
bukan kawan ?
kawan ni aku nak cakap ,
ada macam-macam gaya ,
perangai ,
ragam ,
yang kita dapat tengok sekarang .
sebelum tu ,
aku nak cakap ,
kalau korang g mana-mana mesti rasa janggal kan without kawan ?
cuba bayangkan kalau dekat ds ur dm korang makan sorang-sorang .
g kelas sorang-sorang ,
main bowling sorang-sorang .
boleh di katakan semua benda buat sorang-sorang .
memang weird kan ?
tapi ,
ada yang cakap yang dia boleh hidup sorang tanpa kawan ,
 tu aku rasa tipu lar ,
kadang-kadang kita akan rasa sunyi kalau takda kawan .
cuba bayangkan kalau korang create facebook .
lepastu takde kawan ?
tulis status pown sendiri like ,
sendiri comment .
paham kan ?
sapa yang takde kawan ?
angkat tangan cepat !
hehe .
sebagai contoh ,
aku nak cita pasal member aku sorang ni .
dah lama aku ingat nak cerita pasal dia ni .
dia sorang ja lagi yang aku tak cerita .
boleh buat tacink lar kan kalau aku jadi dia .
tak mau pakai dia dah .
nak tukar .
nama dia fazlinda .
boleh panggil lynda ,
nama manja ude ,
eyh jap2 .
nak letak gambar lynda satu tau .


first time aku kenal dia time dekat tarp .
mula-mula macam biasa .
tak kenal maka tak cinta kan ?
aku kurang sikit dekat lynda ni ,
sebab dia bising sangat dalam kelas .
kami classmate tau .
dorm dia pulak time tu kebetulan sebelah dengan dorm aku .
start daripada mana tah buat aku kawan dengan dia ni .
aku tengok dia ni jenis yang senang ngam dengan orang .
fyi ,
ngam means boleh masuk .
lempaq p lar dekat mana .
conform boleh hidup .
tak gitu lynda ?
lepas habis tarp ,
member aku ni masuk uitm ,
aku ingat lagi dia cakap ,
nak menyesal pown tak guna ,
sebab dia tak mintak matrix .
aku rasa lar jugak tempias .
sebab dulu aku tak cuba paksa dia suruh mintak kan ?
sekarang ni aku tengok dia cuba mendapatkan dl untuk setiap sem .
alhamdulillah ,
setakat dua sem ni lepas kan ?
tahniah tau .
bangga aku jadi kawan unk .
chaiyok2 untuk sem 3 .
jangan sedih-sedih .
chill ok .
lupa nak cakap ,
dia tak suka luahkan masalah dia dekat orang .
kalau unk nangis dia pujuk .
tapi aku jarang nampak dia nangis .
pernah sekali tu dia terkantoi dengan aku .
ha a`ah lagi satu .
banyak sangat aku buat jahat dengan dia time dekat teknik ,
yang aku ingat sangat time bawak sorok kasut warden ,
aku tak ingat lynda ur tyra yang sorokkan .
wah .
rindu gila g dm makan sama-sama ,
g skolah sama-sama .
pernah satu hari ,
lynda cakap dekat aku ,
che_aa kita ni asyik gaduh dengan orang ja ,
nanti kami rasa kita g skolah berdua ja pa .
alih-alih betul .
hari isnin tu aku ingat sangat .
selalu kami g skolah satu geng .
last sekali ,
hari tu kami jalan berdua ja .
haha .
mulut unk memang masin .
banyak sangat benda nak cerita .
kalau nak cita memang satu tahun tak habis kan ?
just nak cakap .
zaman teknik memang best .
sampai di sini sahaja .
terima kasih kerana membaca .
byebye .
woot woot ,
lagi satu .
hoi lynda .
aku tulis ni ikhlas .
jangan ingat aku saja nak ambik hati unk .
hehe .


Friday, June 10, 2011

vacation .

assalamualaikum ,

woot woot ,
lama aku tak update kan ?
kan kan ?
wah ,
bajed macam ada orang baca ja bunyinya .
actually ,
macam tajuk dekat atas .
vacation !
aku dengan family aku g kelantan dan terengganu .
just 3 hari 2 malam .
penat gila .
otw nak p kelantan pown aku dah penat .
mana taknya ,
mana larh ada highway macam plus tu kan ?
r&r dia pown takbest !
sekali nak potong lori balak dekat depan kena selawat beratus-ratus kali .
omg !
kalau aku yang drive .
aku rasa sumpah , 
aku follow ja lori balak tu .
tak berani bai .
nak complain banyak sangat pown tak boleh kan .
kira alhamdulillah sebab ada jugak r&r dekat situ kan ?
malam first kitaowg tido dekat perdana resort dekat pcb .
memang superb lar kan ?
malam-malam siap main layang-layang lagi kan ?
malam kedua yang aku kurang bersemangat nak cerita .
cari punya cari punya cari .
omg !
semua tempat penuh .
except homestay .
aku tak prefer homestay sangat .
last sekali dah terdesak sangat .
kami sampai dekat batu buruk beach resort sebab member aku cakap dekat sana ok jugak .
maaf yar .
untuk malam ni semua bilik full .
ouch ,
terima kasih .
lepas tu penyambut tetamu tu bapak punya ramah kod .
dia cakap dekat ayah aku semua hotel mahupun resort dah penuh ,
so ,
dia adjust satu homestay ni .
ayah aku malas cakap banyak ,
terus tempah .
lepas adik-adik aku tahu nak kena tido dekat homestay .
bapak kaw .
carut gila diaowg .
bapak aku gelak ja .
dah terpaksa kan ?
kalau korang ta kan nak tido dalam kereta kan ?
last sekali g lar jugak homestay tu .
aku dah agak !
wtfish !
nak carut pown tak boleh .
bayar dah habis .
last sekali satu family aku gelak .
paham kan ?
pagi-pagi tu .
adik aku yang tak pernah bangun awal .
terus bangun awal .
ajak balik cepat-cepat .
cait ,
memilih betul .
lepas tu baru jalan-jalan terengganu .
malas nak taip panjang-panjang .
aku nak cakap .
kelantan best ,
terengganu pown best .
penang pown best .
nah tengok gambar k .
aku malas nak upload banyak-banyak .
since aku yang jadi photographer .
so ,
gambar aku kurang larh kan ?
malas nak cerita banyak-banyak .
sampai di sini sahaja .
byebye .

 titiwangsa .

 pcb .

at pcb .

pantai pcb .


 sengal .

the sibling`s

one more time . 


 masjid kristal .

 asal kaw lindung mak ? syakir .


 batu bersurat .

 pasar payang .


budak ni punya penyu .

Monday, June 6, 2011

cartoon ? best kan ?

assalamualaikum ,

woot woot ,
jawab tak lagi salam ?
jawab cepat .
hehe .
berbalik pada tajuk entry kali ni .
cartoon ? best kan ?
cartoon ataupun dalam bahasa malaysia dipanggil karikatur .
merupakan salah satu program television yang diminati ramai .
sebut ja cerita cartoon ni mesti ramai yang focus dekat budak-budak kan ?
actually aku rasa semua orang suka tengok cerita cartoon tau .
tak kira lar kaw kanak-kanak rebina ka ?
remaja ,
dewasa ,
mahupun orang yang sudah berusia .
still tengok kan ?
eyh jap ,
actually ,
aku tak panggil cartoon or karikatur .
aku panggil cerita katun .
rasa pelik bila panggil karikatur .
berbalik ke zaman tok kaduk ,
conform korang pernah dengar tengok cerita dragon ball ,
sailormoon ,
shin can ,
doraemon ,
dan seumpama dengannya .
lagi satu .
ingat budak laki ja ka suka tengok cerita power rangers .
aku dulu pown suka .
dragon ball semua tu ,
habaq unk .
kalau sapa yang berani tukar channel laen boleh bawak gaduh ooo .
sekarang aku tengok dah lain sangat .
kalau bukak tv cerita katun dia semua semakin tidak mencabar .
dora the explorer ,
wonder pets ,
go diego go .
OMG !
patut lar budak-budak sekarang lebih cenderung main game online .
ce buat macam cerita dragon ball .
sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya .
baru mencabar kan ?
tak lar semua cerita katun tak best .
maybe cerita yang aku cakap tadi tu untuk peringkat umur kanak2 kan ?
yang aku rasa sesuai untuk semua peringkat usia ialah ,
spongebob squarepants ,
korang tengok kan ?
ha , yang ni memang betul-betul best .
lagi satu .
yang paling best aku rasa .
sebab asal nak mula ja cerita ni mak aku dah bukak tv awal-awal .
so ,
aku rasa cerita ni paling best .
upin dan ipin .
comel kan ?
even kepala diaowg botak .
tapi cool .
haha .
aku ingat lagi dulu time cerita ni mula diperkenalkan ,
setiap hari time nak bukak puasa ,
even time aku duk hostel pown semua nak tengok upin dan ipin ,
pakat berebut nak cop tempat depan tv  .
finally ,
ada jugak cerita kita yang berjaya disiarkan di luar negara .
dekat sini aku nak promote .
jom reramai kita tengok laksamana upin dan ipin nanti k .
lagi satu .
kod-kod ada yang tak tau ,
boleh lar cakap yang ipin ni lebih sikit cerdik berbanding abang dia .
fyi ,
upin ni lahir 5 minit awal daripada si ipin .
tak larat nak translate .
baca sini .
hehe .
sampai disini sahaja .
byebye .
eyh salah .
betul betul betul .