Pages

Saturday, June 9, 2012



assalamualaikum,
bermula dengan membaca post-post y lama,
tangan terus merasa gatal untuk mencoretkan sesuatu di atas blog ini,
tapi aku tak tahu,
dari mana nak mula,
bermula dengan kak reiko,
kak?
ya kak reiko,
dia duk bising dekat twitter,
cakap blog kena hack,
aku pun terus bukak blog aku,
okay selamat,
dan aku mula mentertawakan beliau,
dah bukak blog tu,
mulalah bercambah idea nak tulis,
dah menulis tetiba idea hilang,
damn.
sekarang dah study week,
dah masuk hari keberapa buku pun masih tidak memunculkan dirinya,
ataupun,
aku yang malas mencarinya,
berbalik pada hari pertama study week,
pergi rumah tasha,
abang beliau akan berkahwin,
dalam empat hari pergi ipoh,
ate teman pandai cakap perok,
ye idok.
dah tu ingat balik upm nak study,
sampai sekarang,
makan tidur,
makan tidur,
manalah tak gemuk adik aku cakap,
okay dua hari yang lepas,
adik dengan mak sibuk call aku,
tanya pendapat,
better stay uthm or masuk matrix,
pada aku yang merupakan bekas pelajar matrikulasi mengatakan,
better masuk matrix,
bukannya susah pun,
just satu tahun kena pulun betul-betul,
matrix tu pun dekat dengan rumah,
senang sikit mak aku.
Alhamdulillah,
adik ikut keputusan aku,
masuk matrix,
cukup sampai sini,
buku mula menjeling-jeling tanda tak puas hati,
dek kerana aku masih belum menyentuhnya lagi,
hihi.
kbye,
assalamualaikum.

Thursday, May 24, 2012

assalamualaikum,

berbagai-bagai presentation dah aku lalui,
fuhhh,
lega gila,
tinggal lagi satu presentation daripada 10,
10?
mak aihh ,
banyaknya,
okayy aku tipu,
aku tak kira pun,
tapi aku rasa banyak lagi,
yang terbaru aku baru lepas present anthropology,
agricultural,
mock interview,
oral presentation,
dan y lagi satu jumaat ni,
microeconomics,
supposed to be ada lagi satu,
statistic,
tapi thanks to dr nazihah sebab cancle presentation tu last minute,
aku dah malas nak buat presentation,
dalam masa sebulan dekat 6 presentation,
tu tak termasuk presentation kecil-kecilan,
terima kasih buat ahli kumpulan yang banyak membantu,
tapi yang setakat nak letak nama dalam group tu aku tak kisah,
tapi untuk next sem memang serius aku tak ambik kau dah,
kadang-kadang perlu jugak kita bertegas,
supaya diri sendiri tak merana,
stop pasal presentation,
now we move on to min ki oppa,
tinggal lagi sebulan dapat jumpa,
serius sedih tu memang sedih,
tapi dia mesti lagi rindu nak jumpa family dia kan,
next sem mesti rasa kehilangan,
so,
kitaorg ada buat dinner untuk pakcik ni,
aku try lah nak prank dia,
alih-alih,
reaksi dia biasa ja,
sebab dia cakap dia pernah masuk national services selama 2 tahun setengah,
dan dia boleh detect sapa yang menipu,
ewah-ewah,
belagak kau eyh,
ingat nak upload video dia nyanyi lagu tapi bagaimana,
tetapi malangnya,
video tu ada dekat ain,
this is for oppa,
bye bye oppa,
take-care,
kahwin cepat lah no,
don`t forget us,
friends forever,
aku cakap melayu dia paham ka?
sikit-sikit tu paham lah kan.
okay byebye.




Saturday, April 28, 2012


assalamualaikum

seriously lama tak update blog ni ,
nak cakap bersawang tu dah memang lah kann ,
kalau nak cerita balik semua kejadian yang lepas memang 3 hari 3 malam pown tak habis ,
banyak sangat benda yang terjadi ,
kereta habis minyak ,
mid sem break ,
demam ,
demam ? perlu ke nak cerita .

kalau nak cerita pasal habis minyak ni memang panjang ,
tapi aku nak cakap terima kasih tasha dan kak floor dia yang membantu ,
tak lupa abang polis dan peronda plus ,
and ada lah be berapa kereta yang nak tolong ,
tapi aku tak kasi ,
thanks bebanyak ,
bukan sombong ,
tapi nak mengelak perkara yang tak diingini berlaku ,
stop cerita minyak ,
and now aku nak cerita pasal melaka ,
kenapa melaka ?
aku minat sejarah ke ?
tak lah . 
untuk sem ni aku ambil pengantara sosiologi dan antrapologi ,
dan as usual kena buat assignment luar ,
tajuk kumpulan aku ,
peranakan baba dan nyonya ,
okayy ni first time aku buat assignment luar bersama mereka ,
memang happening ,
ain , tasha , yati , tuan2 and min ki oppa ,
bermula dengan aku ikut ain balik johor ,
keesokkan paginya aku dengan ain gerak g melaka sentral nak ambil mereka berempat ,
habis makan , sembahyang semua kitaorang gerak g muzium baba dan nyonya ,
okayy masuk saja dah RM 10 seorang ,
aku tak puas hati sangat lah masuk situ ,
nak tanya soalan satu dua pown tak bagi ,
layanan kurang memuaskan kesimpulannya ,
lepas tu kitaorang terus gerak balik homestay ,
pagi tu semua bangun awal sebab nak shooting ,
ewah2 ,
semangat semua ,
untuk assignment kali ni kami nak buat lain daripada yang lain ,
senang cakap kitaorang buat dokumentari ,
macam majalah tiga lah ,
diterajui natasha nadia mohd fauzi sebagai pengarah tak bertauliah ,
lepas habis segala halangan dan cabaran ,
kami meneruskan perjalanan ke bukit rambai ,
cari punya cari tanya punya tanya sorang pown tak tahu dekat mana rumah baba dan nyonya ,
bukan kitaorang tak call dulu ,
tapi bila call banyak alasan yang ada ,
so ,
kami berhenti tepi jalan untuk memikirkan strategi lain ,
cewah ,
okayy aku suruh tasha berhenti dekat kedai tepi jalan ,
nampak ada sorang pakcik y tengah jual air tebu ,
dimulakan dengan salam ,
sebagai intro aku beli lah dulu air tebu pakcik tu dulu ,
tak sedap pulak tanya tak beli ,
lepas tu alhamdulillah ,
pak cik tu serius baik ,
dia terus start moto sebab nak tunjuk jalan rumah baba ,
ya Allah ,
leganya ,
akhirnya penantian berakhir dengan jayanya ,
dan kami bergerak ke rumah baba untuk menemuduga beliau ,
dekat sejam kami menjadi penemuduga yang tak bertauliah ,
maka berakhirlah tugas yang pertama ,
malam tu ingat nak edit vedio ,
tapi memandangkan semua muka macam dah malas ,
tasha mencadangkan overnight ,
dah sampai bandaraya melaka ,
okayy macam tak hidup ,
maybe sebab bukan malam minggu barangkali ,
so dekat 12 pagi gerak balik homestay ,
esoknya lepas pukul 10 pagi gerak ke bandaraya melaka kembali ,
shooting balik mana video yang tak jadi ,
dekat pukul 1.00 gerak g melaka sentral ,
dan berakhirlah perjalanan kami ,
aku rasa bangga sebab semua ahli kumpulan boleh bagi kerjasama yang baik ,
terpaksa korbankan cuti mid sem ,
ha lupa nak cakap ,
dalam kumpulan aku ada sorang budak korea ,
so ,
kalau nak bercakap dengan dia kena berbahasa inggeris lah kan ,
aku yang broken ni pown hentam setakat mana yang mampu ,
lepas balik dari melaka kitaornag semua dah rasa macam satu keluarga ,
semua cakap tak boleh bayangkan kalau oppa dah balik korea ,
mesti sedih kan ?
okayy stop pasal anthropology ,
dah nak dekat 2 sem aku duduk upm ni ,
harap result sem 2 lebih baik dari sebelumnya ,
amin .
okayy thanks for reading this entry ,
byebye.





Sunday, February 19, 2012

semester 2 .

assalamualaikum ,

aik ?
aik ?
aik ?
mesti terkejut kan tengok aku update ,
selalu dekat sebulan baru nak nampak muka ,
okay ,
fullstop !
tetiba perasaan rajin mencurah-curah ke ladang gandum ,
so aku update sehari sebelum balik upm ,
eyh salah ,
beberapa jam sebelum balik ke upm ,
sebut balik upm ,
semua dah tahu semester 2 dah nak mula ,
so macam biasa ,
new semester new spirit kan ,
tapi aku rasa tiap-tiap kali semester aku sebut macam tu ,
tapi yang hairan masa awal semester aku semangat bagai baca buku ,
baru nak sampai pertengahan ,
spirit ke mana ,
buku kemana ,
ya dak ?
kalau hampa bukan macam ni bagus lar ,
terus kan usaha ,
bagi first class degree dalam tangan ,
tak sia-sia mak ayah hantar masuk universiti ,
sampai situ ja nasihat aku ,
tapi memang ,
untunk sem 2 ni aku kena berkerja keras lagi ,
sebab result sem satu tidak berapa memberangsangkan ,
tapi takpe ,
jangan putus semangat ,
perjuangan mesti diteruskan !
cewah .
okay bye ,
thanks for reading this entry ,
Assalamualaikum .

Monday, February 13, 2012

second reunion .

assalamualaikum ,

title hari ni second reunion ,
aik ?
terus masuk second ?
mana first ?
okay yang first hari tu time reunion dengan lynda and yana ,
dekat midvalley kalau tak salah aku .
untuk second kali ni dengan budak teknik aku jugak ,
kali ni dengan ziera and tiera ,
okay 4 orang ni memang baik gila dengan aku time dekat tarp dulu ,
tapi sayang nak berkumpul sekali memang susah ,
"kalau hang cuti aku tak cuti " ,
tu yang masalahnya ,
kali ni aku rasa puas lar jugak ,
dapat keluar dengan depa ,
dah dekat 2 tahun tak jumpa ,
lama tak kutuk-kutuk ,
semua mulut jenis tak nak kalah kan .

yang second reunion ni tanpa dirancang ,
around pukul 10 pagi ziera call ajak pergi jj ,
woah ,
mula-mula tu macam malas ,
tapi bila kenangkan kawan yang lama tidak ketemu ,
aku gagahkan jua diriku ,
dalam pukul 11 tiera datang jemput aku ,
bermula dengan cik tiera ni ,
dia habis kelas awal ,
bosan punya pasal baru teringat nak ajak kami keluar ,
finally ,
dapat jugak aku jumpa budak berdua tu ,
memang susah nak jumpa diaorang ,
sibuknya mengalahkan pm ,
okay ,
masa banyak sangat ,
tak tahu nak buat apa ,
terus diaorang ajak tengok wayang ,
sorang ajak azura ,
sorang ajak hantu dalam botol kicap ,
aku jenis tak kisah ,
last ziera mengalah ,
tengok lah kami botol kicap tu ,
okay cerita dia boleh lar ,
lepas tu aku terus pergi popular ,
habis buku aku borong ,
2 novel ,
1 buku bi ,
2 buku kajian form 1 ,
dan banyak lagi ,
ingat dah lebih 100 dah ,
alih-alih kurang ,
topup lar mana yang patut kan ,
reunion berakhir dengan pertemuan di kapitan ,
lepas dah habis sesi anyam ketupat ,
agaknya dah boleh balik rumah kan ,
and then terus gerak balik ,
lepas ni ingat nak kena jumpa empat2 sekali okay .


first reunion .

second reunion .

lepas ni dah nak start dah sem yang baru ,
semester 2 ,
so next sem aku kena work hard !
maaf andai tersalah kata ,
byebye ,
and you ,
thanks for reading ,
Assalamualaikum . (:

Thursday, February 2, 2012

segalanya .

assalamualaikum ,

awesome ,
aku tak tahu nak mula dari mana ,
dah lama tak tulis blog ,
nak intro pown dah tak tahu ,
omg ,
nak cerita pasal final ,
dah lama berlalu ,
result pown dah mula menunjukkan ragam ,
dunia2 .
sem dua pown dah nak mula ,
okay good luck semua ,
nak berpuisi ,
aku bukan sasterawan ,
nak berpantun ,
aku tak pandai ,
so , straight to the point ,

okayy seingat aku ,
aku habis exam 14/1/2012.
jam 4 petang .
heaven gila ouh masa tu ,
nak cakap best tu tak best sangat lar kan ,
hati ni risau jugak bila otak ligat berfungsi memikirkan soal result ,
dengan paper macroeconomic susah gila ,
okay sabar cheah ,
aku tinggal semuanya dia upm ,
dah bergerak ke langkawi ,
before ni memang aku dah pernah rancang nak pergi sana ,
tapi tak pernah menjadi ,
and then ,
kali ni berbekalkan azam yang kuat aku pergi ,
cewah !
habis ja paper math aku , ain dengan qila terus pergi kl sentral ,
beli tiket ktm ouh ,
baru rasa jalan jauh sikit kan ,
esok 16/1 kitaorang gerak g butterworth ,
mula-mula rancang nak pergi rumah aku ,
alih-alih tak jadi sebab aku rasa better pergi terus ,
so , tengah hari tu singgah rumah qila ,
train lambat lagi ,
pukul 11malam baru sampai ,
around pukul 10malam baru sampai kl sentral ,
okay ingat train delay ,
tapi tepat pada masanya ,
terima kasih ktm ,
masuk-masuk ja ktm semua cuba melelapkan mata ,
7 jam ouh nak sampai penang ,
mana tahan aku duduk lama2 .
tahu beli tempat tidur kan ,
around pukul 6.30 pagi sampai lar penang ,
rindu gila ouh dekat penang ,
lama tak balik kan ,
solat subuh semua ,
and then gerak pergi alor star naik bas ,
long journey betul ,
lepas sampai shahab terus gerak naik teksi pergi kuala kedah ,
around 20 minit dah sampai kuala kedah and tambang rm20 ya kawan-kawan ,
okay tepat pada masanya ,
feri jalan pukul 10.45pagi ,
kitaorang sampai 10.30 pagi ,
semua muka excited nak mampus ,
aku ?
alahai ,
flu ouh ,
time tu tak rasa semangat nak bercuti ,
dengan demam lagi ,
okay ,
kitaorang sampai langkawi dalam pukul 12.30 tengah hari ,
terus pergi sewa kereta ,
okay berbekalkan peta kitaorang gerak ,
langkawi ni senang nak cari jalan dia sebab tak jem ,
tu yang best ,
hotel yang kitaorang booking pown dah jumpa ,
alih-alih kereta buat hal ,
dari pantai cenang ke pekan kuah balik ,
and then diaorang bagi kereta lain ,
 perjalanan baru bermula ,
pukul 3 petang tu kitaorang check in masuk bilik ,
yang buat aku bertambah sakit bila satu pantai cenang takde air ,
OMG !
aku dah lar tak mandi kau tahu ,
TAK MANDI ,
takda air ,
okayy bersabar cheah ,
tunggu punya tunggu pukul dekat pukul 7 pown takde air ,
alih-alih pergi tanya baru dia bagi bilik lain ,
pindah bilik bawah ,
omg ,
dah malam ,
habis masa aku ,
malam tu terus siap and then gerak pusing langkawi ,
next ,
aku cerita guna gambar ,
penat ouh nak taip ,



time ni dah sampai lama ,
tapi kena patah balik pekan kuah sebab masalah kereta ,

perjalanan baru bermula ,


malam first dekat langkawi ,
tak makan dari tengah hari ,
gara-gara air ,


makanan dia okay ,
tapi air dia yang paling best .


bersiap untuk island hoping ,










pulau yang pertama ,
pulau dayang bunting . 
aku lupa yang member aku pernah mention something dekat aku time dekat matrix dulu-dulu ,
dayah pernah cakap dekat aku ,
kalau hang datang pulau ni ,
jaga-jaga ,
ada banyak monyet ,
okay memang betul ,
pakcik yang bawak boat tu pown suruh hati-hati sebab ada banyak monyet ,
dari moyang hingga ke cicit ,
segala lar !
semua ada dekat situ ,
aku turun ja dari boat ,
omg !
kedatangan aku dinantikan .
memang lar kan ,
tawakal gila aku lalu sepanjang perjalanan tu ,
okay berhenti sekejap nak ambil gambar ,
tengah aku focus nak ambil gambar qila dengan ain ,
alih-alih ada monyet mana tah serang aku ,
mula-mula aku dah rasa lain ,
aik ,
asal ada orang main tarik beg aku ni ,
tengok-tengok bawah ,
OMG !
monyet derr ,
aku dah lar kucing pown takut ,
inikan pulak monyet ,
berbekalkan azam yang kuat aku campakkan beg aku ,
lepas campak aku terjatuh atas batu ,
pergh ,
sakit dia tak payah nak cakap lar kan ,
monyet tu macam nak terkam aku hang tau !
dah lar monyet paling besar dekat situ ,
dekat 3 kali jugak lar aku boleh berguling atas timbunan batu-batu dekat situ ,
sakit tu memang lar ada ,
lepas aku nampak monyet tu ambik beg aku ,
tak kan nak biar ,
gila ka ,
handphone aku segala ada dalam tu ,
ic ,
lesen ,
omg !
mati lar kan ,
macam mana pown aku kena ambik ,
last-last aku boleh gaduh dengan monyet tu ,
muka aku tak payah cakap ,
HAHA ,
finally !
aku menang ,
yeah ,
tapi aku terfikir ,
nanti aku balik conform monyet tu balas dendam , 
HAHA .



tempat kejadian , 
HAHA .



okay ,
kan orang ada cakap ,
kalau masih belum dikurniakan zuriat ,
mandi sini kan .
HEHE .



yang ni ain ,
memang aku kesian lar kan ,
balik tu dia pulak yang kena ,
ada abang tu cakap ,
monyet tu addicted dengan warna pink ,
gila lar ,
hebat betul ,
lepas tu ada sorang foreigner tegur kami ,
dia cakap conform ada makanan thats why monyet tu kejar ,
memang betul pown kan ,
HAHA .

pulau singa besar ,
okay dekat pulau ni tak turun boat ,
sebab just tengok burung helang tu makan ,
nasib tak turun ,
aku dah trauma ouh .






pulau beras basah ,
okay dekat pulau ni boleh mandi ,








the end of island hoping ,


next ,
cable car ,
semua muka excited gila nak naik ,
sekali naik senyap semua .


pemandangan dari atas ,
subahanAllah ,
indahnya ciptaanNya ,









the end of hari kedua .


okay yang ni dekat pantai cenang ,
time ni dah check out ,









next destination ,
makam mahsuri ,







around pukul 1pm ,
lepas habis shopping ,
terus gerak ke dataran lang ,
for next memory to be memorized .








itu sahaja ,
byebye ,
good luck semua ,
result sem ni ,
banyak yang mengecewakan aku ,
kena banyak usaha untuk sem depan ,
so ,
chaiyok chaiyok ,
Anyone who has never made a mistake has never tried anything new .




and you ,
thanks for reading this entry . 
byebye . (:



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me