Pages

Wednesday, December 28, 2011

overnight

assalamualaikum ,

okayy jumaat lepas tanpa perancangan yang rapi ,
bermula dengan adegan perli memerli ,
si chibi ajak aku keluar g mines berdua ,
what ?
mines ?
omg ,
aku ni dah lar jenis malas nak tunggu bas hentian komuter ,
3o minit sekali owh ,
mana tahan ,
tambah pulak time orang nak balik kampung ,
lagi-lagi minggu study week ni ,
lagi ramai lhaa kan ,
agak malas aku pada dasarnya ,
HAHA .
tengok-tengok ain pown cakap dia join sekali ,
aik ,
budak ni bukan nak balik johor dah ke ?
dia cakap nak balik esok petang ,
okayy fine ,
ain pergi aku pergi .

mula-mula ingat nak g lepas orang sembahyang jumaat ,
just nak tengok wayang and then balik ,
so ,
ajak lar yang lain nak meramaikan suasana ,
alih-alih mak cik sorang tu demand ,
tak nak naik bas ,
nak naik kereta ,
adoiii ,
ni cek ,
kita baru first year ,
mana nak mai kereta tu kann ,
okayy last sekali ain tempah jugak kereta sewa ,
aku ?
malas nak cakap banyak ,
naik atas bilik dan tunggu perancangan seterusnya ,
tunggu punya tunggu sampai tertidur ,
last-last diaorang cakap nak tengok midnight dekat alamanda ,
okayy fine ,
macam biasa aku ikut ,
malas nak cakap banyak .

dalam pukul 9 kitaorang g makan dulu dekat ss besar ,
okayy not bad kedai tu ,
nak cakap kedai tu lembab takk ,
sebab meja sebelah aku yang datang lambat makan sampai dah nak balik kitaorang makanan pown tak sampai lagi ,
aku masih bersabar ,
qila ?
omg !
sekali dia sound waiter dekat situ ,
boleh abang tu cakap kenapa ?
ya Allah ,
boleh hangg tanya kenapa ?
dah dekat satu jam aku cangak dekat situ hangg cakap kenapa ?
sabar okayy ,
tunggu dekat sejam setengah ,
finally ,
sampai jugak !
okayy habis terus gerak g alamanda .

dah nama pown midnight means lambat lagi lar kan wayangnya ,
diaorang ajak karok ,
tapi aku tak nak ,
aku ajak bowling ada yang tak nakk ,
okayy fine ,
main game ,
mau pulakk semua ,
main punya main sampai jugak 12.45
okayy time untuk tidur ,
time dalam hall tu ,
omg ,
bestnya diaorang ,
satu family datang tengok wayang ,
okayy lupa nak cakap ,
mission impossible 4 best !
tak rugi tengok ,
dalam 3.30 dahh boleh balik agaknya ,
okayy time untuk balik ,
lalu ja dekat mardi tu ,
pintu tutup lar ,
satu-satunya jalan y bukak dekat serumpun ,
tak nak aku lalu sana ,
tak pasal-pasal nama naik ,
so kitaorang decide pusing-pusing dekat mana yang boleh pusing ,
paham ?
HAHA .
dalam 2 jam tu klcc segala bagai semua ain hentam ,
yang buat aku rasa selamat naik dengan ain ,
sebab dia ni jenis senang ingat jalan ,
even sekali kitaorang g tempat tu ,
dia dahh ingat jalan .
aku ?
jalan nak pergi ja aku ingat ,
nak balik aku takk ingat .
HAHA .
okayy anyone yang nakk ambik final exam tu good luck ,
bye .
(:

Tuesday, December 13, 2011

keluarga angkat .

assalamualaikum ,

okayy ,
bertempat di desa putra dengkil selangor .
bertarikh 10 dan 11 disember 2011 ,
kumpulan 42,43 dan 45 bakti siswa telah mengadakan program anak angkat !
dahh macam bunyi laporan ni kenapa !
okayy2 .
back to normal .
hari sabtu tu kitaorang kena buat projek mega .
okayy rancang punya rancang ,
maka terjadilah satu program anak angkat dan kajian sosioekonomi penduduk setempat !
amekau !
dalam pukul 9 pagi berkumpul ,
10.20 bertolak ,
dalam pukul 11 dahh mula program ,
okayy dalam pukul 2 ptg kitaorang kena buat kaji selidik .
mula-mula memang penat .
mana takknya ,
dari rumah ke rumah macam hiking dhaa aku rasa ,
bapak curam rumah kau ,
penat aku daki ,
last-last takde orang dekat rumah tu ,
okay fine ,
usaha tangga kejayaan ,
okayy time tu aku dah belajar cara nak komunikasi dengan orang yang lebih tua daripada aku ,
penduduk kampung dekat situ memang best ,
semua sporting ,
so ,
takde masalah sangat lhaa kann ,
lepas tu terus balik RnR ,
sepatutunya keluarga angkat tu takk jadi ,
lepas tu tengok-tengok ketua kampung tu cakap 40 orang pelajar dapat keluarga angkat dariapada 105 orang pelajar .
dalam tu otak aku memang dah cakap ,
mesti aku takk dapat ,
sebab selalunya aku selalu jadi yang unlucky one kann !
last-last ,
diaorang cakap ,
NOR SYAHIRAH BINTI MAT SAAD !
haish ,
macam pernah dengar nama tu ,
memang lhaa kann ,
nama aku deh ,
haha ,
alhamdulillah ,
aku dapat keluarga angkat ,
lepas tu gerak lhaa g rumah keluarga angkat ,
sepatutnya aku panggil makcik tu makk .
tapi dia suruh aku panggil nenek sebab dia cakap dia dah tua ,
nenek tu memang baik .
malam tu bermulahlah program tak kenal maka tak cinta ,
okayy dah berkenalan semua ,
tengok-tengon anak nenek ajak kitaorang pusing putrajaya .
memang lhaa kan ,
malam kemarin aku dah pusing sampai tak larat nak pusing ,
tapi takpe ,
dahh orang ajak takkkan tak nak kod ,
okayy aku ikut .
esok pagi program gotong-royong ,
orang sana panggil rewang ,
so bermulalah program menangkap ikan segala bagai sampai lhaa memasak .
dahh habis swmeua tu conform lhaa ada majlis penutup kann ,
tak sangka budak-budak dekat situ datang jugak time majlis penutup ,
wah ,
bagusnya diaorang .
lepas tu terus balik rumah keluarga angkat and prepare untuk balik ,
time ni sedih owh ,
dah nak berpisah kann ,
okayy fine ,
nak balik pown ada halang lagii .
bas rosak !
haha .
tunggu dekat sejam ,
baru ada bas lain ,
okayy tamat ,
bye .

* satu malaysia , haha . (:

alamanda .

assalamualaikum ,

ombak rindu !
bila cakap pasal ombak rindu semua pakat duk post .
OMG !
tak tengok ombak rindu laggi ,
takk dapat beli tiket , orang ramai !
okayy fine ,
aku pown teruja sekali lhaa kann nak tengok ombak rindu .
jumaat hari tu aku p tengok jugakk .
perghh !
memang full hall tu even dah minggu ke dua ditayangkan .
hebat lhaa kan .
bagi aku cerita ni okayy .
tapi kalau baca novel dia lagi best kod .
kalau yang takk pernah baca novel ombak rindu lagi mesti cakap macam ni .
asal aku tengok ombak rindu tak nangis pown ?
memang lhaa kann .
kau takk baca novel tu lagi ,
macam mana nak feel !
takkan dalam movie tu dia nak ceritakan semua ,
duration masa dia pown dah dekat 2 jam setengah kann .

okayy mula-mula rancang nak g bank islam ,
nak ambik kad bank .
last-last bank dah tutup .
dah kau pergi hari jumaat kenapa ?
orang nak solat jumaat lah ,
tak jadi terus gerak g alamanda ,
dalam pukul 11 malam gerak g i-city .
omg ! 
dia punya jem tak payah nak cerita lhaa kan .
sampai-sampai i-city .
omg ,
macam ni ja .
penat deh aku tempuh jem ,
alih-alih takda apa-apa .
okay fine ,
balik !
nanti aku letak gambar okayy .
bye . (:

Friday, December 2, 2011

no title .

assalamualaikum ,

dah lama jugakk kan aku tak update blog ,
sampai takk sedar background pown dah hilang kemana .
alahai ,
sapa lar pulak yang curi ni kann .
okayy ,
straight to the point ,
tetiba tangan aku rasa macam nak menaip something .
jadi aku terus bukak blog ni dan terus menaip ,
menaip ,
menaip ,
dan menaip .
sekarang aku nak cerita pasal rutin harian aku yang SANGAT memBOSANKAN !
seriously damn !
bosan gila hampa nak tau .
aku admit mula-mula dulu memang best .
kelas takk banyak .
tapi lama-lama bosan okayy .
balik terus masuk bilik and then tidur ,
OMG !
so sad lar dengan hidup aku sekarang .
dah takk macam dekat matrix .
dahh takde dengar orang nak kacau aku ,
perli2 aku ,
nasihat aku ,
sumpah memang aku rindu time matrix .
sekarang ramai yang dah cakap aku sombong .
sorry sangat-sangat .
kadang-kadang aku tak sempat nak reply mesej .
kepala aku sarat dengan benda-benda yang takk selesai-selesai .
and for this week aku boleh manarik nafas dengan tenang .
mana takknya ,
baru lar aku rasa boleh bernafas sikit .
dan minggu depan ,
mungkin masa itu akan berulang kembali .
sekarang baru aku belajar banyak benda ,
cara yang betul nak berkomunikasi ,
macam-macam lhaa aku belajar ,
memang lar mula-mula aku rasa beban ,
tapi bila satu majlis yang kita tolong handle tu berjalan dengan lancar ,
kita akan rasa .
OMG !
alhamdulillah , (:
akhirnya majlis berjalan dengan lancar .
dulu aku takk tahu apa itu logistik .
naif gila kann .
and now ,
baru aku tahu .
haha .
okayy ,
aku nak sambung buat assignment .
byebye.

satsat ,
aku lupa nak habaq ,
sem satu dahh nak habis ,
final dahh dekat ,
good luck okayy untuk semua kawan-kawan .

* semangat tie kuning tu nganga . haha .



Tuesday, October 25, 2011

O.R.I.E.N.T.A.S.I.

assalamualaikum ,


hampir dua bulan aku tak jengah blogg ni kann ,
nak kata sibuk tak lar sibuk sangat ,
untuk sem kali ni aku just ambik 14 jam kredit ,
OMG !
14 jam je che_aa .
semua orang terkejut .
tu tak termasuk tutorial dengan baksis okayy ,
aku try nak tarik subjek sem 2 ,
tapi tak boleh sebab aku kena ambik sem 1 punya subjek dulu and then baru boleh ambik sem dua punya pulakk .
okayy ,
hari tu aku ada tulis entry SATU PERMULAAN ,
sekarang ,
maybe permulaan tu dah bermula kann ,
first impression aku time daftar dekat upm hari tu ,
CANTIK !
yeah upm memang cantik ,
lepas tu family aku boleh sesat dalam upm ,
mana taknya peta pown tak bawak ,
kereta berpusu-pusu ,
pening tahu !
lepas sampai dekat padang kawad kena angkat barang bagai ,
angkat masuk dalam bas okayy ,
bapak berat .
sampai ja dekat kolej orang tu cakap tak boleh daftar lagi sebab sistem takk boleh bukak lagi .
okay fine ,
memang aku datang awal kann .
actually kolej aku kena daftar pukul 2pm .
aku rasa untuk tahun depan better buat pukul 8am ,
sebab pukul 2pm baru nak daftar ,
pukul 5pm nak orientasi dahh ,
mana nak sempat kan ,
dengan bilik tak check in lagi .
tapi nasib baik alhamdulillah time aku g pukul 12pm dah boleh check in ,
but nanti pukul 2pm baru boleh daftar balik .
aku punya harap dapat sebilik dengan junior ,
alih2 seminggu tu aku tidur sorang-sorang dalam bilik ,
mana taknya aku sebilik dengan senior ,
dalam hati dah risau dah ,
mana tau dapat yang tak okay ke ,
mati aku .
facilities dekat kolej semua bagus ,
and then ramai jugak budak kolej lain cakap kolej aku cantik ,
yang buat aku suka dekat kolej ni sebab bilik dia besar .
haha .

orientasi ?
OMG ! 
orientasi u memang best ,
tak penat langsung .
semua orang baik .
fasi pown tak garang ,
orang turun lambat pown tak kena marah .
itu yang menghairankan aku , 
selalu time orientasi kan macam teruk sikit kan ,
tapi aku rasa orientasi u tak teruk mana pown kann .
just dengar ceramah , 
lawan cheers ,
dengar taklimat and so on .

orientasi again ?
okay aku tak aspect pown lepas orientasi u ada lagi orientasi lain ,
orientasi kolej ,
nama program tu minggu berpesaka .
lepas ja habis orientasi u ingat nak relax lar sikit kann ,
tapi malam tu jugak kami tau ada orientasi lain pulak ,
time tu mula lar kan ,
masing-masing dalam hati .
program tu ada setiap petang sampai malam ,
mula-mula memang lar kan rasa program tu macam menyusahkan kitaorang ,
kena mintak tandatangan sahabat ,
felo ,
staff ,
kalau tak buat macam tu sumpah kitaorang buat tak tahu pasal semua benda kann ,
orientasi tu berakhir dengan malam penutup .

orientasi again and again ,
okay sumpah time ni memang aku dah penatt ,
aku ingat habis ja orientasi takde dah kann ,
alih-alih malam tu ada perjumpaan floor ,
so ,
that means kitaorang ada perjumpaan floor ,
malam tu jugak kitaorang dapat nama floor masing-masing .
nama floor aku ?
sumpah aku tak nak cakap okayy ,
 dalam program marah-marah sayang tu ,
kitaorang dapat beberapa task ,

* cipta buku biodata yang kreatif ,
* ambil 24 biodata senior ,
* hias floor ,

yang tu baru task tak termasuk barang amanah ,
barang amanah kitaorang ,

* pakai kertas a4 depan belakan and then tulis nama floor ,
* telur ayam ,
* biskut marry ,

dah nama pown orientasi kann conform ada semua benda tu kann ,
macam biasa ,
dalam hati memang benci habis !
kalau boleh macam nak tukar kolej ja aku rasa time tu ,
tapi lama-lam semuanya okay ,
terkawal beb !
hanya kesabaran yang diperlukan ,
finally habis jugak benda tu kann ,
kalau tak buat benda tu semua ,
conform aku tak jumpa semua senior kan ,
tak kenal diaorang pown ,
tapi bila wujud program macam tu aku dapat kenal diaorang ,
so ,
that's why program macam tu wujud .
nanti kalau tak kenal orang ,
nak mintak tolong pown susah .

* gambar before angkat sumpah .

dan sekarang ,
OMG !
assignment aku ,
sapa nak tolong buat ni ?
dan kamu ,
thanks for reading this entry . (:

Sunday, September 4, 2011

satu permulaan .

assalamualaikum ,

rasanya belum terlambat lagi kann aku nak cakap ,
selamat menyambut hari raya aidilfitri .
di kesempatan ni ,
aku nak mintak maaf dekat sapa-sapa yang kenal aku ,
nak minta maaf bebanyak ,
kalau ada terasa hati dengan aku ,
selama ni main cakap lepas kann ,
tak lupa jugak ,
salam kemerdekaan buat semua .
merdeka raya kann tahun ni .

satu permulaan bagi aku yang akan menyambung pelajaran aku nanti ,
dah macam tulis karangan pulak aku rasa ,
okayy ,
7 sept ni dah nak daftar dah masuk u ,
so ,
start 3 sept dah ada member aku yang dah daftar ,
awal gila kan .
untuk korang aku doakan semoga berjaya di dunia dan di akhirat ,
esok liyana pulak nak daftar ,
sedih pulak bila fikir ,
dulu sesama text mesej ,
time nak daftar masuk matrix beratur sebelah2 ,
sekarang ,
OMG !
dah tak sama macam dulu ,
kali ni aku rasa keseorangan ,
dah takde bff dah !
semua dah pergi jauh .

untuk liyana ,
tak payah nak buat sedih sangat ,
aku tau hang takda kawan sekarang ,
nanti mesti ada kan ,
tengok-tengok lagi rapat daripada aku ,
jangan lupa aku tau ,
ingat tak time dekat teknik dulu ,
katil kita sebelah2 ,
time tu hang tengah kemas barang ,
aku tegur hang ,
hang jeling aku ,
aku cuak ,
lepas tu hang senyum ,
start situ kita kawan kann ,
prep sebelah2 sekali lynda kaan ,
sumpa rindu gila zaman tarp .
sayang hang .

untuk yon dan nabila ,
sayang hampa dua jugak ,
thanks dulu bagi aku duduk bilik hampa masa nak habis matrix ,
study sekali ,
order d-bgus dengan mak lang ,
tengok movie sama-sama ,
semua tu aku tak lupa tau ,
nab p melaka elok2 tau ,
jangan duk loklaq sangat naa ,
yon tak boleh jaga hang dah ,
hehe .

untuk farhana and shakila ,
rindu nak present bi dengan hampa dua ,
bincang dekat ppkk ,
order d-bgus dengan mak lang sekali ,
outing sekali dekat alor star ,
pergi pasar nat hari sabtu ,
sumpah aku rindu gila ,
nak dengar ila marah aku sebab tak buat akaun ,
nak dengar farhana ceramah agama dekat aku ,
nak lawan sapa cepat tengok cerita korea dengan ila ,
banyak gila benda yang boleh buat aku ingat dengan hampa ,
thanks sesangat sebab sudi kawan dengan aku ,
ila nanti jangan lupa ajar aku eko tau ,
aku tak pandai sangat eko .
nanti hang balik penang kita wayang dua naa ,
p machang elok-elok ,
toksah pekat sangat penang tau .

untuk roommate ,
aku rindu hang gila weyh ,
aku nak minta maaf sebab aku tau aku banyak buat salah ,
nanti ada masa kita jumpa tau ,
kalau aku p merbuk jumpa lynda aku contact hang ,
boleh jumpa hang sekali ,
nanti hang jangan lupa update dekat aku cerita korea apa yang best tau ,
thanks dulu hang banyak tolong aku ,
tolong aku buat kerja bi ,
aku appreciate sangat . 

maybe ni adalah permulaan bagi aku ,
4 tahun kena berdepan dengan subjek ekonomi ,
so ,
be nice to me yar ,
aku harap dekat sana nanti aku dapat kawan-kawan yang sama dengan macam hampa semua ,
banyak benda aku duk fikir ,
takut salah pilih kawan ,
tapi aku tau ,
susah nak cari macam hampa semua ,
sebab takde yang akan sama macam hampa ,
lynda !
thanks sebab hang call aku tadi ,
sebak gila aku rasa ,
hang ingat lagi dekat aku ,
aku tak lupa hang punya lar kawan ,
DL lagi tau sem ni ,
aku tau hang boleh .
(:
dan kamu ,
thanks for reading this entry . (:

Monday, August 22, 2011

jenayah membawa padah .

assalamualaikum .

sambil ditemani dendangan lagu raya aku update blog .
sedih ja aku dengar lagu pulanglah .
kalau dulu dekat matrix ,
first ramadhan aku dah countdown nak balik rumah .
lepas tu bukak lagu balik kampung kuat-kuat .
last sekali sedih sorang-sorang sebab lambat lagi .
malam last tu gila punya seronok nak balik .
esok nak balik kampung dah kan ,
kiranya taknak tidur lar malam tu .
nak tengok movie ramai-ramai .
pergi sahur dekat ds pukul 4am .
memang best .
tapi semua tu tinggal kenangan ja kan .

jenayah membawa padah .
aku tak paham lar dengan mentaliti orang sekarang .
tak nak usaha sendiri .
nak kerja senang ja .
pagi tadi ,
around pukul 9am ,
jiran aku kena ragut .
yang buat aku heran tu .
dalam kampung pown orang nak ragut ke hah ?
tak pernah lar pulak aku dengar dalam kampung pown boleh wujud benda ni kan .
lagi-lagi bulan puasa ni .
diaorang cakap peragut tu bukan rakyat malaysia .
bangla derr yang ragut .
siap nak motosikal lagi .
aku rasa dia nak beli baju raya dekat anak bini dia dekat sana kod .
tapi takde duit .
lepas tu nak balik sana lagi .
mahal pulak tu kosnya .
yea tak .

okayy ,
now nak aku cakap ni .
jom blogwalking dekat blog kawan sekelas aku ni .
dia ni lama dah ada blog .
tapi sekarang baru ada inisiatif nak menulis balik .
jom bw .
tekan sini naa .


okayy ,
and you thanks for reading this entry yar .


Monday, August 15, 2011

selamat hari KIDAL sedunia .

assalamualaikum ,

owh yeahhh ,
apa khabar semua ?
harap sihat sihat saja naa ,
lama tak update menatang ni ,
aku terlupa tentang kewujudan blog aku ni buat seketika .
manusia memang macam ni kan ,
cepat bosan .
dulu semangat bagai nak rak berblogging segala bagai ,
kalau dulu semangat nak berfacebook ,
sekarang semangat nak bertwitter .
alahai dunia semata-mata !

tengah aku jalan-jalan tengok blog sorang-sorang yang aku follow , sambil bertemankan dendangan lagu raya . * semangat nak raya !
aku terperasan satu topic .
KIDAL !
hari kidal sedunia di sambut pada 13 ogos !
OMG !
aku baru nak perasan .
bagaikan katak di bawah tempurung aku rasa .
15 ogos baru aku perasan benda ni .
sedangkan cacing didalam batu pown mengetahui berita sebegini .
apakah ?

ok dekat sini aku nak cakap yang aku KIDAL !
mula-mula masa kecik memang aku rasa rendah diri sangat sebab aku kidal .
aku pown tak paham asal aku tetiba rasa macam tu .
maybe sebab dalam kelas time tu aku sorang ja kod tulis tangan kiri .
lepas tu bila usia aku menganjak kealam keremajaan .
aku rasa bangga jadi orang special ni . #tibatiba .
yeah !
aku rasa aku special . 
pernah jugak cikgu aku tanya dulu .
parents kamu ada yang kidal ke ?
aku geleng .
mak aku pown pernah cakap dekat aku dulu-dulu .
time aku kecik-kecik .
mak aku punyalarh ajar aku tulis pakai tangan kanan .
even ayah aku pernah tampar tangan aku .
sebab guna tangan kiri .
tapi still sama !
cannot change larh !
dalam family aku kami ada 5 beradik .
3 orang kidal tahu .
maybe 2 orang yang bawah aku tu ,
aku selalu ajar diaorang dulu-dulu .
so ,
secara tak langsung diaorang ikut aku .
jadi KIDAL .
haha .

masalah yang aku selalu hadapi bila aku kidal !
kawan-kawan selalu tegur aku .
why aku makan guna tangan kiri ?
hoi hoi .
ehemmmm .
kalau makan pakai tangan of course aku guna tangan kanan .
kalau pakai sudu pulak !
aku still tak boleh guna tangan kanan even aku dah cuba banyak kali .
kekadang aku berlatih guna tangan kanan time guna sudu ni .
bayangkan ,
kalau benda tu aku boleh makan dalam masa 15 minit .
dia akan jadi double .
it means akan jadi 30 minit !
ouch ,
gila buang masa aku .
tapi takpa ,
akan aku cuba pecahkan record itu yar .
kalau cerita bab permainan pulak kan ,
memang of course lar semua benda aku rasa tangan kiri aku more strong !
main badminton pakai tangan kiri .
aku macam lin dan kan , * perasan .
tapi kalau guna kaki pulak ,
kaki kanan aku lebih kuat barangkali .
kalau main bola aku rasa pakai kaki kanan lebih kuat .
kalau time nak study pulak .
dulu time dekat matrix dalam bilik kuliah selalu guna meja yang jenis save ruang tu kan ?
yang kerusi dengan meja dia sekali tu kan .
yang ni memang aku lemah .
meja tu memang direka khas bukan untuk aku .
so ,
kalau dah lama tu aku rasa tak jadi hal lar kan .
bukannya aku nak menulis sangat pown kan .
lagi satu benda aku selalu dengar orang yang left handed ni bermasalah untuk menggunakan pisau . 
yeah pisau .
bukan pisau yang biasa-biasa tu ,
but ,
pisau yang nak potong kulit buat tu .
tahu kan ?
sebab ia direka khas buat mereka yang right handed .
bagi aku tu bukan satu masalah .
sebab aku boleh guna tangan kanan .
aku practice beb !
sejak kecik lagi aku suka guna pisau tu 
and now .
tak jadi masalah besar buat aku .
banyak lagi sebenarnya kelemahan dan kelebihan orang left handed macam aku ni .
just google it !
sebelum aku terlupa .
dulu-dulu aku pernah terbaca satu article ni ,
dekat negara mana tah .
wujud satu kedai untuk orang left handed ni .
barang-barang yang dijual semua untuk orang yang special macam aku ni .
sudah sudah .
aku nak berhenti mencarut banyak-banyak dekat sini .
dah nak sahur dah pown .
hehe .
dah dekat 3.30 am .
byebye semua .
and you !
thanks for reading this entry .
(: