Pages

Saturday, April 28, 2012


assalamualaikum

seriously lama tak update blog ni ,
nak cakap bersawang tu dah memang lah kann ,
kalau nak cerita balik semua kejadian yang lepas memang 3 hari 3 malam pown tak habis ,
banyak sangat benda yang terjadi ,
kereta habis minyak ,
mid sem break ,
demam ,
demam ? perlu ke nak cerita .

kalau nak cerita pasal habis minyak ni memang panjang ,
tapi aku nak cakap terima kasih tasha dan kak floor dia yang membantu ,
tak lupa abang polis dan peronda plus ,
and ada lah be berapa kereta yang nak tolong ,
tapi aku tak kasi ,
thanks bebanyak ,
bukan sombong ,
tapi nak mengelak perkara yang tak diingini berlaku ,
stop cerita minyak ,
and now aku nak cerita pasal melaka ,
kenapa melaka ?
aku minat sejarah ke ?
tak lah . 
untuk sem ni aku ambil pengantara sosiologi dan antrapologi ,
dan as usual kena buat assignment luar ,
tajuk kumpulan aku ,
peranakan baba dan nyonya ,
okayy ni first time aku buat assignment luar bersama mereka ,
memang happening ,
ain , tasha , yati , tuan2 and min ki oppa ,
bermula dengan aku ikut ain balik johor ,
keesokkan paginya aku dengan ain gerak g melaka sentral nak ambil mereka berempat ,
habis makan , sembahyang semua kitaorang gerak g muzium baba dan nyonya ,
okayy masuk saja dah RM 10 seorang ,
aku tak puas hati sangat lah masuk situ ,
nak tanya soalan satu dua pown tak bagi ,
layanan kurang memuaskan kesimpulannya ,
lepas tu kitaorang terus gerak balik homestay ,
pagi tu semua bangun awal sebab nak shooting ,
ewah2 ,
semangat semua ,
untuk assignment kali ni kami nak buat lain daripada yang lain ,
senang cakap kitaorang buat dokumentari ,
macam majalah tiga lah ,
diterajui natasha nadia mohd fauzi sebagai pengarah tak bertauliah ,
lepas habis segala halangan dan cabaran ,
kami meneruskan perjalanan ke bukit rambai ,
cari punya cari tanya punya tanya sorang pown tak tahu dekat mana rumah baba dan nyonya ,
bukan kitaorang tak call dulu ,
tapi bila call banyak alasan yang ada ,
so ,
kami berhenti tepi jalan untuk memikirkan strategi lain ,
cewah ,
okayy aku suruh tasha berhenti dekat kedai tepi jalan ,
nampak ada sorang pakcik y tengah jual air tebu ,
dimulakan dengan salam ,
sebagai intro aku beli lah dulu air tebu pakcik tu dulu ,
tak sedap pulak tanya tak beli ,
lepas tu alhamdulillah ,
pak cik tu serius baik ,
dia terus start moto sebab nak tunjuk jalan rumah baba ,
ya Allah ,
leganya ,
akhirnya penantian berakhir dengan jayanya ,
dan kami bergerak ke rumah baba untuk menemuduga beliau ,
dekat sejam kami menjadi penemuduga yang tak bertauliah ,
maka berakhirlah tugas yang pertama ,
malam tu ingat nak edit vedio ,
tapi memandangkan semua muka macam dah malas ,
tasha mencadangkan overnight ,
dah sampai bandaraya melaka ,
okayy macam tak hidup ,
maybe sebab bukan malam minggu barangkali ,
so dekat 12 pagi gerak balik homestay ,
esoknya lepas pukul 10 pagi gerak ke bandaraya melaka kembali ,
shooting balik mana video yang tak jadi ,
dekat pukul 1.00 gerak g melaka sentral ,
dan berakhirlah perjalanan kami ,
aku rasa bangga sebab semua ahli kumpulan boleh bagi kerjasama yang baik ,
terpaksa korbankan cuti mid sem ,
ha lupa nak cakap ,
dalam kumpulan aku ada sorang budak korea ,
so ,
kalau nak bercakap dengan dia kena berbahasa inggeris lah kan ,
aku yang broken ni pown hentam setakat mana yang mampu ,
lepas balik dari melaka kitaornag semua dah rasa macam satu keluarga ,
semua cakap tak boleh bayangkan kalau oppa dah balik korea ,
mesti sedih kan ?
okayy stop pasal anthropology ,
dah nak dekat 2 sem aku duduk upm ni ,
harap result sem 2 lebih baik dari sebelumnya ,
amin .
okayy thanks for reading this entry ,
byebye.